Panduan Lengkap Pengurusan Ayam Baka (Breeder)
Daripada persediaan awal reban, brooding DOC, formula pemakanan, jadual imunisasi komprehensif, sehingga ayam matang memasuki fasa pra-peneluran (*Pre-Lay*).
Pengiraan Kuantiti Ayam & Kapasiti Reban
Formula piawai penentuan kepadatan reban mengikut jenis struktur reban.
Formula Luas & Kepadatan
Penentuan kapasiti yang betul adalah kunci utama untuk menjaga kesihatan, mengurangkan tekanan (*stress*), dan memastikan *uniformity* tumbesaran berada pada tahap tertinggi.
FORMULA ASAS:
Kapasiti Ayam = (Panjang Reban × Lebar Reban) ÷ Kepadatan Nisbah
*Nota: Luas servis (*service area*) & petak *spiking pen* tidak dikira dalam keluasan lantai ayam.
Kepadatan Nisbah Lantai Mengikut Reban:
- Broiler Close House 0.8 ft² / ekor
- Broiler Open House 1.0 ft² / ekor
- Breeder Close House (Ayam Baka) 2.0 ft² / ekor
Kalkulator Kapasiti Reban GA
Contoh & SimulasiJumlah Betina (Female + 4%):
7,800 ekor
Jumlah Jantan (Male @ 13%):
1,014 ekor
Fumigasi, Sanitasi & Biosekuriti
Pengiraan penggunaan Potassium Permanganate & Formalin serta protokol sanitasi.
Standard Kekuatan Fumigasi
Nisbah campuran per 100 kaki padu (cu ft):
20g Potassium + 40ml Formalin
Kegunaan: Fumigasi telur penetasan standard.
40g Potassium + 80ml Formalin
Kegunaan: Fumigasi telur keadaan berisiko / kebersihan kritikal.
60g Potassium + 120ml Formalin
Kegunaan: Hatcher/Setter kosong, bilik peralatan & tray telur.
Pengira Dos Fumigasi Bilik / Reban
| Tahap Kekuatan | Potassium Permanganate (Gram) | Formalin (ML) |
|---|---|---|
| Single Strength (1X) | 145.36 g | 290.72 ml |
| Double Strength (2X) | 290.72 g | 581.44 ml |
| Triple Strength (3X) | 436.08 g | 872.16 ml |
*Isipadu bilik dikira: 726.8 kaki padu.
Pengurusan Brooding DOC (Hari 1 hingga Minggu 4)
Program pencahayaan, kawalan pemanas (*heater*), pelarasan plywood & nipple air.
Program Pencahayaan DOC (Lighting Schedule)
Hari 1-10: Lampu Putih (10W / 13W) | Hari 11+: Lampu Kuning (5W)| Umur (Hari) | Masa Nyala (Jam) | Waktu Operasi Lampu | Spesifikasi Lampu |
|---|---|---|---|
| Hari 1 & Hari 2 | 23 Jam | 8.00 AM > 7.00 AM | Putih 10W / 13W |
| Hari 3 | 19 Jam | 8.00 AM > 3.00 AM | Putih 10W / 13W |
| Hari 4 | 16 Jam | 8.00 AM > 12.00 AM | Putih 10W / 13W |
| Hari 5 | 14 Jam | 8.00 AM > 10.00 PM | Putih 10W / 13W |
| Hari 6 | 12 Jam | 8.00 AM > 8.00 PM | Putih 10W / 13W |
| Hari 7 | 11 Jam | 8.00 AM > 7.00 PM | Putih 10W / 13W |
| Hari 8 | 10 Jam | 8.00 AM > 6.00 PM | Putih 10W / 13W |
| Hari 9 | 9 Jam | 8.00 AM > 5.00 PM | Putih 10W / 13W |
| Hari 10 | 8 Jam | 8.00 AM > 4.00 PM | Putih 10W / 13W |
| Hari 11 hingga 161 | 8 Jam | 8.00 AM > 4.00 PM | Kuning 5W |
Kawalan Pemanas (Heater)
- Suhu < 32°C: Buka pemanas.
- Jika hujan: Buka pemanas segera.
- Jika tidak hujan: Buka pukul 7.00 PM.
- Suhu > 32°C: Tutup pemanas.
Buka Plywood Brooding
- Betina (Female): Hari ke-10 mesti buka habis.
- Jantan (Male): Hari ke-15 mesti buka habis.
- Semak setiap 3 hari sekali. Jika terlalu padat, buka sedikit demi sedikit.
Pelarasan Nipple Air
Ketinggian paip nipple air minuman mesti diturunkan pada Hari ke-3 atau Hari ke-5 mengikut paras ketinggian mata ayam untuk memudahkan capaian air.
Pemasangan Chain Feeder
- Hari ke-26: Pilih ayam 100% (*Sexing & culling*).
- Hari ke-27: Pasang sistem *Chain Feeder*.
- Week 5 (Hari ke-29): Mula jalankan *Chain Feeder*.
Panduan Lengkap Makanan & Program Diet
Kod makanan CAB/GoldCoin, jadual catuan puasa (Skip-a-day), dan spesifikasi nutrisi.
Kod Makanan & Fasa Umur Ayam
| Fasa Makanan | CAB Feed | GoldCoin | Umur Ayam | Fokus Nutrisi & Spesifikasi |
|---|---|---|---|---|
| PRE STARTER | 3501 | 200C | 0 > 2 Minggu (0-7 hari) | Protein 21-23%. Fokus perkembangan organ & sistem imun. Protein tinggi & asid amino lengkap. |
| STARTER | 3111 | 100C | 3 > 7 Minggu (1-4 minggu) | Protein 19-21%. Pertumbuhan tulang & otot. Tenaga sederhana, kawal kalsium. |
| GROWING / DEVELOPER | 3132 | 108C | 8 > 17 Minggu | Protein 15-18%. Kawal berat badan & capai uniformity. Elak ayam terlalu gemuk. |
| PRE LAYING | 3151 | 109C | 18 > 25 Minggu (5%) | Protein 16-17%, Kalsium 2-2.5%. Tingkatkan kalsium untuk kuatkan tulang sebelum bertelur. |
| LAYING / BREEDER 1 | 3162 | 110P | 5% > 37 Minggu | Protein 17-18%, Kalsium 3.5-4%. Fasa kemuncak (*Peak production*). |
| POSTBREEDER / BREEDER 2 | 3172 | 111P | 38 > 56 Minggu | Protein sederhana, kalsium kekal tinggi untuk kualiti kulit telur. |
| POSTBREEDER / BREEDER 3 | 3192 | 113P | 57 Minggu > DEPOP | Kekalkan kesihatan ayam tua & ketebalan kulit telur. |
| MALE FEED (JANTAN) | 3181 | 112C | Start 24 Minggu | Permulaan pemakanan khusus jantan selepas rawatan *Dewormer*. |
Program Hari Makan & Puasa (Feeding Pattern)
Tiap-tiap hari makan. Umur 1-7 hari makan tanpa henti untuk kejar berat minggu pertama.
4 Hari Makan / 3 Hari Puasa seminggu untuk kawalan pertumbuhan berlebihan.
5 Hari Makan / 2 Hari Puasa seminggu.
6 Hari Makan / 1 Hari Puasa seminggu transisi pra-peneluran.
Tiap-tiap hari makan untuk menyokong pengeluaran telur berterusan.
Program Vaksinasi & Deworming Komprehensif
Jadual suntikan, ubat cacing (Flubendazole), dan kaedah pemutihan (*flushing*).
Program Deworming (Ubat Cacing Via Makanan)
Flubendazole 5% @ 600g / MT Feed (5-7 Hari)Rawatan cacing wajib dijalankan secara berkala menggunakan premix makanan untuk memastikan saluran pencernaan optimum:
Jadual Program Vaksinasi Terperinci
Timbang Berat, Uniformity & Culling
Masa penimbangan standard, sasaran keseragaman & pemilihan 100%.
Waktu Standard Timbang Berat
Ayam mesti ditimbang secara konsisten setiap minggu untuk mengira *Mean Body Weight* dan *Uniformity percentage* (sasaran >80-85%).
Wajib Timbang Lepas Makan Antara Jam 10.00 AM > 11.00 AM
Pilih Ayam 100% (Hari ke-26):
Pada Hari ke-26, pengasingan & gred keseragaman (*grading*) 100% mesti dilakukan untuk mengelompokkan ayam mengikut saiz berat badan (Ringan, Sederhana, Berat) sebelum sistem *Chain Feeder* mula beroperasi pada Hari ke-29.
Simulasi / Kalkulator Uniformity
Masukkan purata berat dan julat ±10% untuk mengira threshold keseragaman:
*Ayam yang berada dalam julat ±10% daripada purata dianggap seragam (*uniform*).
Persediaan Fasa Pre-Lay & Tanda Ayam Mula Bertelur
Minggu 17-18, persediaan sarang nest box, dan transisi pemakanan.
Tanda-Tanda Fizikal Ayam Hampir Bertelur
-
Balung & Pial Merah Cerah: Balung menjadi besar, merah segar, dan rasa hangat berlembut.
-
Jarak Tulang Punggul (*Pubic Bone*): Pelebaran jarak antara tulang pelvis (muat 2-3 jari tangan).
-
Vent Lembut & Lembap: Bukaan vent melebar dan basah licin.
-
Kelakuan Mencari Sarang: Ayam mula menunjukkan minat melawat *Nest Box* dan berbunyi bising.
Checklist Tindakan Operasi Pre-Lay
Pusat Kalkulator Penternak Ringkas
Gunakan alat pintar ini untuk membuat anggaran keputusan operasi pantas.